Friday 28 November 2014

Macaron Grouping Class 8 Nov 2014

3 minggu lepas..
Kelas grouping..
3 orang students...







Setiap student dapat bawa balik macaron yang dihasilkan..:)




So far alhamdulillah..
Semua students yang saya ajar berjaya hasilkan macaron mereka, hasil belajar dari pagi ke petang...:)
Dan feedback yg diterima menerusi whatsapp, dah berjaya hasilkan macaron yang stable, bila di buat di rumah...

Jom sertai kelas saya..
FIZA..
013 3650783

Wednesday 26 November 2014

Personal Macaron Class

26 Oktober lepas, saya adakan kelas personal..
Permintaan khas utk kelas personal macaron  :)

Student saya :)

Kelas personal ni bagus kalau anda tak punya masa lapang..susah nak sertai grouping class..
Boleh call / whatsapp saya bila bila masa..013 3650783...
Saya akan adakan kelas bila bila masa ikut masa anda..termasuklah hari bekerja ( Isnin - Jumaat)..sebab selalunya grouping class saya buat hari minggu..

Student sedang piping..

Saya akan ajar one to one..
From A - Z utk hasilkan macaron yang stable, cantik, dan sedap....
Belajar sampai pandai  ..Insya Allah..

Hasil student saya..belajar dari pagi hingga ke petang...Beliau berpuas hati...saya pun puas hati & bersyukur student dapat hasilkan macaron sebegini..


Jadi..cepat..cepat...
Call saya...whatsapp saya
FIZA  
013  3650783
Pendaftaran untuk personal class sentiasa terbuka
Hanya RM300
Belajar sampai pandai  :)
 

Monday 13 October 2014

Buttercream Decoration Class

Selain kelas macaron, saya ajar juga cake deco..
Student kali ini ialah akak Ieda Rafar..

Beliau belajar buttercream deco..

 Bermula dengan buat cake dari awal...

Lepas tu belajar proses membuat buttercream

Buttercream nya dah siap..jadi berlatih buat decoration bunga, borders, daun  di atas cake board terlebih dahulu.

Dah tahu teknik, baru kita deco atas kek pula  :)

hampir siap

kita buat semua jenis bunga yang kita berlatih tadi, di atas kek..hihihih..supaya ingat teknik

Dah siap...student boleh bawa balik sebiji kek tu..:)



Kepada yang nak belajar cake deco, boleh call / whatsapp saya di no  013 3650783
Kalau personal class kos nya RM450
Kalau grouping RM350

Wednesday 4 June 2014

Kelas Macaron 19 May 2014: From Brunei !!!

19 May 2014 yang lepas, saya buat kelas macaron, in group..
Jauhhh datangnya student kali ni....:)
Kak Nor dan anak beliau dari Brunei...dan dari Putrajaya, Ira

 Kak Nor (tengah), anaknya dan Ira (tudung kuning)

setelah bertahun tahun dlm bidang macaron ni, saya olah resepi utk buat macaron dlm kuantiti kecil..jadi saya ajar cara buat adunan utk shell macaron, guna hand mixer..nak belajar buat kuantiti besar pun boleh, saya ajar guna mixer besar  :)

belajar piping


Sebab ramai student2 sebelum ini minta saya ajar pelbagai filling, maka sekarang (sementara menunggu shell macaron dry), saya ajar juga buat filling salted caramel & chocolate ..sebelum ni saya ajar filling buttercream sahaja..



dah pandai buat shell, dah pandai buat filling....kita lekatkan antaranya..jadilah macaron !  :)



Saat paling di tunggu tunggu semua student saya  :)
Nak ambik gambar macaron buatan sendiri..boleh upload kat FB..kat Instagram..." dah pandai buat macaron!"



Dari pagi bawak ke petang..
Dah pandai buat...
Hasilnya....:)


boleh bawak balik...bagi family..kawan2 merasa  :)

Bergambar kenangan dengan student....

Kak Nor mintak saya ajar sampai ke Brunei..hihihihih..Insya Allah..ada rezeki, saya boleh pergi mengajar ke sana..

Tuesday 3 June 2014

Personal Class Macaron: Mr Ho

23 April 2014 yang lepas, saya adakan kelas macaron yg unik..:)
Unik sebab student saya kali ini ialah seorang lelaki ..
Mr Ho namanya..

Beliau memiliki restoren di Vietnam..
Dan pasaran macaron di sana adalah memberangsangkan, setelah beliau belajar dari saya cara membuat nya..." tak sia sia belajar", katanya.....selang 3 minggu kemudiannya, beliau belajar pula dengan saya kelas Nasi Ayam Hainan...itu saya akan tulis nanti di entry lain..:)

 saya ajar Mr Ho from basic  ..

seronok juga mengajar student lelaki buat macaron..hihihih...dan Mr Ho pun, amat teruja ..gelak ketawa sepanjang kelas..

saya ajarkan juga beliau basic cara penggunaan industrial oven..utk buat macaron...dan juga asas utk buat kek..

antara shell macaron hasil tangan Mr Ho...

macaron yg kuning dan merah tu Mr Ho yg buat..yang lebihnya, dari stok yang saya telah buat..beliau beli juga beberapa gift box macaron utk isterinya yang ada di Vietnam..:)

saya dan student saya yg ceria, Mr Ho...:)

Sunday 23 March 2014

Personal Class Macaron

Terima kasih Ana sebab hadiri kelas macaron personal saya  :)



Ya, kepada yang jadualnya padat , saya jalankan juga kelas secara personal , one to one sebegini...

Alhamdullilah, Ana dah bijak hasilkan macaron sendiri...
Dan tak perlu lagi susah payah beli mahal mahal di luar  :)



Kepada yang berminat utk hadiri personal class, call saya , Fiza 013 3650783
Bukan sahaja personal class macaron...pelbagai kelas personal saya boleh sediakan utk anda...eg continental cakes, pelbagai talam, Western food ala hotel ( Steak, Chicken Chop, Lamb chop, Chicken Boxing, Fish & chips tartar sauce, coleslaw, thousand island sauce), nasi ayam hainan, nasi arab, brownies, etc.  :)

 antara macaron yang dah siap shell nya 

alhamdullilah..Ana student yang cepat belajar..menjadi crown macaron nya..stabil..tunggu letak filling aja  :)

hasil kelas hari tu..Ana belajar juga buat cream puff dengan saya...semuanya Ana bawak balik...berbaloi baloi...kalau saya jual, sebiji macaron RM 2.. :)

Posing dengan student personal saya  :)



Jadi kepada yang nak belajar buat macaron, tunggu apa lagi?
Insya Allah next class saya akan buat bulan April 2014 ni...call / wassap / SMS saya utk sebarang pertanyaan...013 3650783

Saturday 11 January 2014

Kelas Macaron Hari Bekerja, Isnin 17 Feb 2014


Macaron, macaron,macaron.
French confection yang dah famous di negara kita..
Rata rata kalau di KLCC, Pavilion,MidValley...dijual pada harga RM 3- 4.50 sebiji.
Dan rasanya yang original, memang sangat manis :)


Jadi belajarlah sendiri buat macaron dengan saya.
Tak perlu bayar mahal mahal lagi dah  :)
 Bila dah mahir, boleh buat side income jual macaron, dan masa musim kahwin, memang permintaan tinggi untuk macaron sebagai hantaran. Yang ini,dalam bentuk macaron tower :)  Ya,saya akan ajar sekali trick buat tower ini  dalam kelas macaron saya.

Tiga tahun lebih pengalaman saya mengolah resepi macaron..
Ribuan macaron saya dah jual dalam Malaysia & Singapore.
Supaya kurang manis ( less sweet), dan stable..mudah dibuat..

Datang ke kelas saya, saya ajar segala rahsia buat macaron, yang selama ini orang gagal buat sendiri/tak menjadi bila hanya baca resepi di internet /tengok cara buat di Youtube  :)  Siapa yang nak free free kongsi rahsia di internet begitu sahaja, betul tak?  Tu sebab kurang menjadi macaron nya  :)

Saya akan ajar:
- step by step cara buat macaron
- tips supaya macaron stable ketika proses membuat, tak kira waktu hujan atau panas ( tanpa tips yang betul, memang macaron tak menjadi ' kakinya' ( crown) kalau di buat waktu hujan.)
- membuat macaron dalam scale yang kecil ( kalau nak buat sikit, makan sendiri), dan big scale ( untuk jualan)
- resepi less sweet macaron. Sebab rata rata orang Malaysia yang pernah makan macaron ( yang bulat bulat ikut resepi French/Italian),tak tahan rasa manis yang terlampau  :)
- cara buat macaron tower

Kelas adalah hands on.
Anda akan bawa pulang 10 - 15 biji macaron, setiap seorang.

*********************************************************************************

Kelas weekend yang lalu telah berlangsung dengan jayanya.
Atas permintaan, saya kelolakan satu kelas pada hari bekerja, Isnin ini, 17 Feb 2014...cepat..cepat..masih ada kekosongan  :)

**************************************************************************************

Berminat?
Daftar dengan SMS /Whatsapp / reply di entry ini / reply di FB saya.
Minimum 5 orang di perlukan untuk kelas macaron :)
Cuma RM250 seorang.  Nota disediakan.
Cuma bawa badan sahaja  :) 
Kelas bermula jam 9 pagi hingga siap,habis belajar sampai pandai :)
Kelas saya di Klang Sentral. Taip sahaja Dreamy Treat Bakery Studio di Google Map